Generasi Al-Quran
Melahirkan huffaz berwibawa yang mengamalkan akhlak Al-Quran.
YAM
Mengenali sejarah, asas penubuhan dan objektif Yayasan Al Muhammadiah.
Ditubuhkan untuk ummah
Yayasan Al Muhammadiah (PPAB 72/2021) diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 [Akta 258], Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 30 November 2021.
YAM ialah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan yang merangkumi bidang agama, pendidikan, sosial dan kebajikan. Usahanya berkembang daripada At Tahfiz Al Muhammadiah yang bermula pada tahun 2015 di kediaman keluarga Haji Ismail bin Haji Abu Bakar, mantan Qadi Kuala Selangor.
Objektif
Melahirkan huffaz berwibawa yang mengamalkan akhlak Al-Quran.
Menyediakan 30% tempat pengajian percuma kepada anak penerima zakat dan anak yatim di ATAM.
Mengendalikan Pondok Pengajian Warga Emas dan pengajian untuk pemastautin serta ahli kariah.
Menyediakan laluan kepada huffaz untuk berkhidmat, menyambung pengajian dan menjadi tenaga pengajar.
Menyantuni mualaf serta membina hubungan baik dengan masyarakat majmuk.
Kepimpinan
Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah dan Pengerusi Pemastautin Pondok.
Pengerusi Pemegang Amanah serta tokoh pendidikan dan kebajikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al Muhammadiah.
Ahli Pemegang Amanah dan tokoh dakwah masyarakat.
Ahli Pemegang Amanah yang menasihati tadbir urus korporat dan pengurusan risiko.
Ahli Pemegang Amanah dengan pengalaman kebajikan, operasi, halal dan pentadbiran.